SC: Pasaran Modal Beroperasi Seperti Biasa
17 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Berikutan pengumuman khas oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, pasaran modala, sebagai komponen penting sektor kewangan Malaysia, akan beroperasi seperti biasa menurut waktu dagangan biasa. Ini akan membolehkan pelabur membuat keputusan bermaklumat dan tepat pada masanya serta melaksanakannya, tanpa sebarang halangan.

"Semua Bursa akan terus beroperasi secara yang adil dan teratur, di samping semua pengawasan kawal selia yang diperlukan tersedia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyediakan langkah-langkah kesinambungan perniagaan termasuk tapak operasi sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengenal pasti, mengurus dan mengurangkan risiko baru muncul yang berpotensi" kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

SC akan memantau rapi semua aktiviti berkaitan pasaran, bursa-bursa dan pengantara pasaran modal untuk memastikan mereka terus memudahcarakan aktiviti pasaran modal yang telus, cekap dan berkesan, termasuk operasi penjelasan, penyelesaian dan depositori.

SC dan Bursa Malaysia telah secara proaktif memantau perkembangan Covid-19 di peringkat negara dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai dan menentukur tahap tindak balas kami bagi mengekalkan integriti pasaran.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup