SC: Pelabur perlu berwaspada mengenai skim pelaburan palsu
7 Jun 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta orang ramai lebih berwaspada terhadap skim-skim pelaburan palsu (investment scams) yang semakin meningkat kebelakangan ini. Skim-skim tersebut menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya para pelabur.

SC ingin menegaskan sebarang terbitan sekuriti memerlukan kelulusan SC di bawah Seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Ini termasuk terbitan saham oleh mana-mana syarikat awam (yang disenarai atau sebaliknya), atau amanah saham atau bon. Di samping itu, sebarang pengagihan atau jualan sekuriti tersebut memerlukan prospektus yang didaftarkan dengan SC.

Keperluan untuk mendaftar prospektus dengan SC dan mengedarkannya kepada para pelabur adalah bagi memastikan para pelabur mendapatkan semua maklumat yang perlukan mengenai sesuatu syarikat, skim pelaburan yang ditawarkan dan risiko-risiko pelaburan yang terlibat. Ini akan membolehkan para pelabur membuat keputusan yang berlandaskan maklumat (informed decision) mengenai pelaburan mereka.

Ini merupakan sebahagian daripada perlindungan untuk pelabur seperti yang termaktub di bawah undang-undang. Para pelabur perlu memastikan mereka mendapat faedah daripada perlindungan ini dengan meminta senaskah prospektus sekiranya mereka tidak diberinya terlebih dahulu.

Orang ramai diminta menghubungi SC jika mereka mempunyai sebarang keraguan sekiranya sekuriti yang ditawarkan tidak memenuhi sebarang keperluan di atas.

Pihak SC ingin mengingatkan para pelabur supaya berwaspada terhadap skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang luarbiasa dalam masa yang singkat. Di samping itu, para pelabur dinasihatkan mendapat pengesahan bahawa syarikat tersebut mempunyai alasan yang kukuh dalam menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi.

Dalam kes-kes di mana skim tersebut terkeluar daripada sebarang kuasa pihak pengawalselia, orang ramai diminta lebih berhati-hati serta membuat kajian terlebih dahulu mengenai syarikat yang terbabit dan skim yang ditawarkannya.

Aktiviti-aktiviti yang dikawal seperti urusniaga sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana berkaitan dengan sekuriti wajib mendapat lesen daripada SC. Senarai penuh mereka yang dilesenkan oleh SC boleh didapati di sini. 

SC akan terus mengawasi skim-skim pelaburan palsu. Sila e-mail kepada [email protected] atau telefon 03-6204 8999/8777 sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau maklumat mengenai skim-skim tersebut. 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup