SC Pelawa Maklum Balas Awam Berhubung Cadangan Mempertingkatkan Industri Unit Amanah Malaysia
11 November 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mempelawa maklum balas daripada orang ramai berhubung cadangannya untuk meminda Guidelines on Unit Trust Funds (Garis Panduan Unit Amanah). Proses rundingan selama dua bulan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk mempertingkat daya saing pasaran dan memastikan perkembangan yang berterusan industri unit amanah Malaysia.

SC telah menggariskan 30 cadangan sebagai sebahagian daripada kertas perundingan tersebut, yang meliputi usaha melonggarkan jenis pelaburan yang boleh dipertimbangkan oleh dana, hingga pindaan untuk pengukuhan proses pengurusan risiko syarikat pengurusan dana. SC juga mempertimbangkan peningkatan kepaa syarat pengoperasian, termasuk urus niaga dan penilaian dana. Bagi memastikan polisi yang konsisten bagi dana unit amanah, SC juga menimbang untuk memperluaskan beberapa langkah yang dicadangkan untuk diguna pakai dalam dana dagangan bursa (ETF) dan skim persaraan swasta (PRS). 
 
Peningkatan baharu yang dicadangkan ini akan menggalakkan daya saing yang lebih besar dalam industri dan memberi akses kepada pelabur kepada rangkaian produk yang lebih luas, di samping mengekalkan perlindungan pelabur yang secukupnya.

Kertas cadangan ini boleh didapati di laman sesawang SC. Pihak yang berminat boleh menghantar maklum balas mereka melalui http://www.sc.com.my/survey-cp01-2020 sebelum 10 Januari 2021. Orang ramai juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

Ketika menjalankan semakan semula terhadap industri unit amanah dan merumus Kertas Perundingan ini, SC telah mengambil kira keperluan pelabur yang semakin meningkat, perkembangan dan keperluan kawal selia dalam bidang kuasa lain, serta maklum balas yang dikumpulkan daripada pelbagai sesi penglibatan bersama pihak berkepentingan, termasuk sesi dialog SC bersama industri baru-baru ini. 

Dana unit amanah merupakan komponen terbesar dalam industri Skim Pelaburan Kolektif di Malaysia. Setakat 30 September 2020, terdapat 39 syarikat pengurusan tempatan yang diluluskan untuk menawarkan 693 dana unit amanah dengan jumlah nilai aset bersih (NAV) sebanyak RM490.3 bilion.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup