SC pelawa maklum balas awam ke atas Kertas Rundingan mengenai Keperluan Tambahan bagi Tabung Unit Amanah Islam

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2001

Pihak industri unit amanah dan orang ramai adalah dipelawa untuk memberikan maklum balas yang membina ke atas Kertas Rundingan mengenai Keperluan Tambahan bagi Tabung Unit Amanah Islam Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Kertas Rundingan tersebut menyediakan cadangan bagi keperluan tambahan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengendalian tabung unit amanah Islam, yang bertujuan mempertingkatkan keutuhan dan kredibiliti tabung unit amanah Islam.

Sehingga kini, keperluan tambahan yang dicadangkan termasuk, antara lain, peranan tambahan yang akan diambil, bukan sahaja oleh jawatankuasa dan jururunding Syariah tetapi juga oleh ahli jawatankuasa pelaburan, pemegang amanah dan pegawai pematuhan. Keperluan tambahan yang dicadangkan tersebut akan dimasukkan ke dalam Garis Panduan Tabung Unit Amanah SC.

Pihak SC memperakui kepentingan industri unit amanah Islam sebagai satu saluran bagi para pelabur yang ingin melabur dalam produk pelaburan Islam. Pembangunan industri unit amanah Islam adalah sejajar dengan aspirasi Pelan Induk Pasaran Modal yang berkaitan dengan pasaran modal dan industri pengurusan pelaburan Islam.

Mendapatkan Kertas Rundingan
Kertas rundingan tersebut boleh didapati dan dimuat turun di sini dalam format PDF.

Mengemukakan Komen
Semua komen hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SC sebelum 7 September 2001 melalui berikut:

E-mel: [email protected]

Pos:
Pengurus
Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup