SC Pelawa Maklum Balas Awam Mengenai Cadangan Rangka Kerja Tawaran Syiling Awal dan Pendanaan Hartanah Ramai
6 Mac 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan dua kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai rangka kerja bagi tawaran syiling awal (ICO) dan pendanaan hartanah ramai.

ICO merupakan kaedah pengumpulan dana alternatif yang memanfaatkan teknologi lejar teragih termasuk rantaian blok (‘blockchain’). Ia melibatkan penerbitan token digital oleh penerbit yang berhasrat mengumpul dana untuk projek atau usaha niaga.

Kertas perundingan tersebut membincangkan rangka kerja yang dicadangkan, antara lain, untuk kelayakan penerbit, keperluan bagi penzahiran yang telus dan mencukupi serta penggunaan hasil ICO.

Kertas rundingan kedua mengenai rangka kerja pendanaan hartanah ramai merupakan susulan daripada pengumuman Bajet 2019, yang mengenal pasti platform pendanaan ramai sebagai saluran bagi sumber pendanaan alternatif kepada pembeli rumah kali pertama di samping menyediakan pelabur akses kepada kelas aset baharu.

SC sedang mempelawa maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja pengawalseliaan tersebut, yang antara lain, akan menetapkan keperluan kelayakan pembeli rumah kali pertama, kriteria hartanah yang boleh disenaraikan di platform tersebut, obligasi pengendali platform dan had pembiayaan.

Kedua-dua kertas perundingan boleh didapati di laman sesawang SC, https://www.sc.com.my/regulation/consultation-papers dan orang ramai boleh mengemukakan komen mereka kepada [email protected] sebelum 29 Mac 2019.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup