SC Pelawa Maklum Balas Awam Mengenai Daya Tahan Risiko Keselamatan Siber
21 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan rangka kerja kawal selia yang berkaitan dengan pengurusan risiko keselamatan siber oleh peserta pasaran modal.

Walaupun memang diperakui bahawa teknologi maklumat mempunyai manfaat besar, lebih kebergantungan kepadanya dan perhubungan internet oleh peserta pasaran modal telah meningkatkan risiko keselamatan siber. Ini seterusnya menimbulkan kebimbangan mengenai perlindungan dan pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan sistem maklumat.

SC berpandangan bahawa pengurusan risiko keselamatan siber yang baik sebagai satu keutamaan untuk mengukuhkan lagi daya tahan pasaran modal Malaysia. Ini termasuk menetapkan hala tuju pengurusan risiko yang berkesan oleh lembaga pengarah syarikat dan mewujudkan dasar dan prosedur keselamatan siber dalaman.

Kertas rundingan berhubung dengan rangka kerja kawal selia yang dicadangkan boleh didapati melalui laman sesawang SC www.sc.com.my. Pihak yang berminat dan orang ramai adalah dipelawa untuk mengemukakan komen dan maklum balas mereka ke alamat dan e-mel di bawah sebelum tarikh tutup 29 April 2016

Jabatan Pengawasan Institusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]
Faks: 603 6201 5208

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup