SC Pelawa Maklum Balas Orang Ramai Terhadap Draf Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2016
18 April 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan cadangan draf Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2016 (MCCG 2016) untuk perundingan awam.

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Kod) yang pertama telah diperkenalkan pada 2000. Kod tersebut telah disemak semula sebanyak dua kali pada 2007 dan 2012 bagi memastikan prinsip-prinsip dan cadangannya adalah sejajar dengan amalan perniagaan dan perkembangan pasaran.

Menyedari keperluan untuk peningkatan tetap terhadap amalan tadbir urus korporat, MCCG 2016 menerima pakai pendekatan yang berbeza daripada Kod sebelum ini. Pendekatan baharu ini bertujuan untuk menggalakkan kemajuan, dan memberi penekanan kepada tingkah laku dan hasil daripada amalan tadbir urus korporat.

MCCG 2016 membahagikan amalan tadbir urus korporat kepada dua kategori – Teras dan Teras+. Syarikat-syarikat dikehendaki menzahirkan pematuhan mereka terhadap amalan Teras secara 'memakai atau menjelaskan alternatif’, yang menggalakkan proses pemikiran yang lebih mendalam ketika menjalankan amalan tersebut, dan dalam penzahiran yang dibuat.

Walaupun amalan Core+ adalah secara sukarela, syarikat-syarikat amat digalakkan untuk menerima pakai amalan tersebut dan menzahirkan dalam laporan tahunan bagaimana amalan-amalan ini dijalankan atau dilaksanakan.

Pihak dan orang ramai yang berminat adalah dijemput untuk mengemukakan komen dan maklum balas mereka dalam talian di www.sc.com.my/mccg2016 sebelum tarikh tutup 8 Jun 2016. Sila hubungi [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kertas rundingan ini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup