Pada 10 Februari 2015 lalu, SC telah mengeluarkan
Guidelines on Regulation of Markets under Section 34 of the Capital Markets and Services Act 2007 (Garis Panduan) yang memperkenalkan keperluan-keperluan bagi pendaftaran platform ECF. Platform ini akan membolehkan perniagaan peringkat permulaan, kecil dan sederhana memperoleh modal melalui pelaburan ekuiti kecil daripada sebilangan besar pelabur, menggunakan platform dalam talian.
Garis Panduan tersebut menyediakan satu rangka kerja bagi pengawalseliaan ke atas Platform ECF yang berdaftar, tugas dan tanggungjawab pengendali ECF dan jenis penerbit dan pelabur yang boleh mengambil bahagian dalam ECF. Garis Panduan dan borang permohonan boleh didapati di sini melalui laman sesawang SC.
Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah sebelum 11 Mei 2015.
Pengarah Eksekutif
Pengawasan Pasaran dan Korporat
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
No. 3 Persiaran Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Puan Azrina Azmel
[email protected]