SC: Pendidikan pelabur boleh menggalakkan perkembangan pasaran dan pertumbuhan ekonomi pasaran pesat membangun
23 September 2019   |   Kuala Lumpur
Pengawal selia pasaran modal perlu meningkatkan usaha pendidikan pelabur mereka untuk memacu literasi kewangan dan penyertaan bermaklumat dalam pasaran modal, menurut Datuk Syed Zaid Albar, pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di Persidangan Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) IOSCO St Petersburg, Rusia pada 19 September 2019.

Datuk Syed Zaid berucap di persidangan itu selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa GEM, jawatankuasa terbesar dalam Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), yang mewakili hampir 80 peratus keanggotaan IOSCO, termasuk 11 anggota G20.

Walaupun pertumbuhan ekonomi yang pesat, jurang yang ketara kekal antara pasaran pesat membangun dan ekonomi maju. KDNK nominal per kapita dalam ekonomi maju adalah hampir sembilan kali lebih tinggi daripada ekonomi membangun[1]. Bagi pasaran pesat membangun untuk mencapai tahap pendapatan seperti dalam ekonomi maju, isi rumah harus mengambil bahagian dalam saluran penciptaan kekayaan seperti pasaran modal.

"Pendidikan pelabur yang berkesan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai peluang pelaburan yang ada dan melengkapkan para pelabur dengan pengetahuan dan instrumen yang sewajarnya untuk mengambil bahagian dengan yakin dan bermaklumat. Dengan kata lain, pendidikan pelabur dalam pasaran pesat membangun bukan sahaja bertindak sebagai perlindungan pelabur, tetapi juga sebagai alat untuk menarik peserta pasaran," kata Datuk Syed Zaid.

Datuk Syed juga berkongsi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan bagi Malaysia, rangka tindakan lima tahun yang menyeluruh untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan kesejahteraan kewangan keseluruhan rakyat Malaysia. Strategi Kebangsaan ini juga mengiktiraf bahawa proses pendigitan kini sedang merangka semula strategi ekonomi, pasaran dan pengawalseliaan, dan meningkatkan lagi literasi kewangan.

"SC telah menerapkan inisiatif pendigitalan agar pasaran modal lebih mudah diakses dan inklusif untuk rakyat Malaysia. Teknologi kewangan telah membawa kepada kemunculan perkhidmatan kewangan alternatif termasuk penasihat robo, pendanaan ekuiti ramai dan pembiayaan antara rakan setara, yang telah mengurangkan tempoh urus niaga dan kos pelaburan. Bagi memastikan para pelabur mengetahui risiko yang berkaitan, termasuk risiko siber, kami juga menyesuaikan usaha pendidikan pelabur agar sejajar dengan trend digital yang baru muncul," kata Datuk Syed Zaid.

SC telah mempelbagaikan inisiatif capaian pelabur dan saluran komunikasinya, termasuk media digital dan sosial untuk memperluas capaian serta menyampaikan mesej kepada sasaran audien yang tepat.

Inisiatif pendidikan dan pembabitan pelabur SC dijalankan di bawah program "InvestSmart". Acara tahunan utama SC, InvestSmart Fest, menambah pengetahuan mengenai produk dan perkhidmatan pasaran modal, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap skim penipuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara rakyat Malaysia boleh meningkatkan literasi kewangan mereka bagi pelaburan untuk masa hadapan, layariwww.investsmart.com.my.

Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di Persidangan IOSCO Growth and Emerging Markets (GEM) 2019, St Petersburg, Russia.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

[1] IMF Data Mapper: World Economic Outlook April 2019 GDP per capita, harga semasa (dollar AS per kapita)
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup