SC, pengawal selia asing membangunkan amalan terbaik bagi sistem penyelesaian sekuriti

Kuala Lumpur, 18 Julai 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sedang berusaha dengan pengawal selia-pengawal selia asing untuk membuat cadangan-cadangan mengenai keperluan minimum dan amalan terbaik antarabangsa bagi satu sistem penyelesaian sekuriti yang efisien, kukuh dan selamat.

SC, sebagai ahli Pasukan Petugas mengenai Sistem Penyelesaian Sekuriti CPSS-IOSCO (Jawatankuasa mengenai Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa), bekerjasama dengan 26 bank pusat dan pengawal selia sekuriti dari 18 negara dan Kesatuan Eropah untuk membangunkan ukuran rujuk ini.

Pasukan Petugas CPSS-IOSCO mengenai Sistem Penyelesaian Sekuriti mengadakan mesyuarat selama dua hari di SC minggu lalu.

Pengerusi SC, Datuk Ali Abdul Kadir berkata bahawa keperluan minimum dan amalan terbaik tersebut adalah penting bagi meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dan mengurangkan risiko kepada pelaburnya. Pasukan petugas itu mengkaji risiko yang terdapat dalam sistem penyelesaian sekuriti dan membangunkan standard minimum dan amalan terbaik untuk mengurus risiko-risiko ini.

"Keperluan kepada standard minimum bagi sistem penyelesaian sekuriti menjadi penting dengan peningkatan integrasi pasaran sejagat dan kepentingan yang bertambah bagi pasaran sekuriti bagi perantaraan dana," kata Datuk Ali.

Mesyuarat tersebut, yang mana SC yang diwakili oleh pengarahnya, Ranjit Ajit Singh, membincangkan laporan draf mengenai sistem penyelesaian sekuriti yang dikeluarkan untuk komen oleh orang ramai pada Januari (lihat Seksyen `International Affairs' di www.sc.com.my), dan komen oleh orang ramai yang telah dikemukakan. Laporan akhir dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Datuk Ali berkata cadangan-cadangan oleh pasukan petugas tersebut mempunyai implikasi penting ke atas perkembangan pasaran modal Malaysia.


"Pasaran modal Malaysia sentiasa berusaha ke arah penggunaan standard yang tinggi dengan mengukur rujuk amalannya kepada standard yang diterima di peringkat antarabangsa. Oleh itu, SC akan menimbangkan cadangan-cadangan akhir tersebut bersungguh-sungguh bagi perkembangan pasaran modal Malaysia, termasuk isu-isu yang berkaitan dengan polisi, operasi dan struktur tadbir urus yang diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat dengan sistem penyelesaian sekuriti dalam pasaran modal Malaysia. Pihak yang terlibat termasuk rumah penjelasan, depositori pusat, bursa-bursa, pengawal selia, kustodian dan syarikat broker saham.

"Oleh kerana penglibatan kami dalam perumusan cadangan-cadangan ini, kami telah mempertimbangkan dan menyatakan cadangan itu dalam Pelan Induk Pasaran Modal," kata Datuk Ali.

Laporan tersebut mengenal pasti 18 cadangan utama mengenai keperluan minimum dan amalan terbaik bagi sistem penyelesaian sekuriti yang kukuh. Cadangan-cadangan itu bertumpu kepada rangka kerja perundangan bagi penyelesaian sekuriti, pengurusan risiko, akses, tadbir urus, kecekapan, ketelusan, dan pengawalseliaan dan pengawasan. Cadangan tersebut dibuat untuk merangkumi sistem bagi semua jenis - bagi sekuriti yang diterbitkan di negara-negara perindustrian dan membangun serta bagi dagangan domestik dan melepasi sempadan. Dalam usaha yang dijalankan, Pasukan Petugas tersebut telah mengkaji semula usaha sektor swasta dalam bidang ini, terutamanya Standard Kumpulan Tiga Puluh 1989.

Pasukan Petugas tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Lembaga Gabenor Sistem Perbendaharaan Persekutuan Amerika Syarikat dan Commissione Nazionale per le Societa e la Borsa, Itali.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup