SC perkenal garis panduan bagi broker universal untuk berurusan secara terus dalam sekuriti hutang tidak tersenarai

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu set garis panduan untuk membolehkan broker universal berurusan secara terus dalam sekuriti hutang tidak tersenarai. Sebelum ini, broker universal hanya boleh berurusan dalam sekuriti hutang tidak tersenarai melalui institusi kewangan berlesen.

“Garis panduan yang membenarkan broker universal mengambil bahagian secara terus dalam pasaran sekuriti hutang tidak tersenarai, meluaskan skop aktiviti yang boleh dijalankan oleh broker ini. Ia juga memberikan para penerbit dan pelabur jalan lain, selain daripada institusi kewangan, untuk berurusan dalam sekuriti hutang tidak tersenarai,” kata Datuk Ali Abdul Kadir, Pengerusi SC.

Garis panduan, bertajuk “Guidelines on Dealing in Unlisted Securities by a Universal Broker”, juga memastikan bahawa tahap tatalaku dan standard profesional yang tertinggi di kalangan broker universal dalam urusan mereka dalam sekuriti hutang tidak tersenarai.

Datuk Ali berkata sebagai contoh, di bawah keperluan operasi, broker universal dikehendaki membangunkan sistem pengurusan risiko yang sesuai dengan jenis, saiz dan kerumitan urus niaga broker universal dalam sekuriti hutang tidak tersenarai.

Garis Panduan tersebut, yang akan dikuatkuasakan melalui Peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), dirumus melalui perundingn dengan industri dan pihak berkuasa kawal selia berkaitan. Garis panduan itu melengkapi rangka kerja pengawalseliaan sedia ada yang telah ditetapkan oleh SC dan BSKL berkaitan dengan urusan dalam sekuriti hutang.

Pengenalan garis panduan tersebut adalah konsisten dengan rancangan SC untuk membenarkan broker universal mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pasaran modal, seperti yang dinyatakan dalam polisi penggabungan industri broker saham. Ia juga adalah sejajar dengan cadangan Pelan Induk Pasaran Modal untuk memperkembang struktur perantaraan bagi pasaran bon.

Garis panduan tersebut boleh didapati di sini dalam versi PDF.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup