SC Perkenal Kelonggaran dalam Mematuhi Keperluan Tawaran Pengambilalihan
23 April 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan kelonggaran dalam mematuhi keperluan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib (Peraturan) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memandangkan kesukaran untuk mencetak dokumen tawaran dan menghantar salinan bercetak kepada pemegang saham ketika tempoh PKP, SC 
sebelum ini telah mengumumkan bahawa ia akan menggalakkan pihak industri untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan dalam talian kepada pasaran, yang merangkumi langkah-langkah untuk memudahcarakan tawaran pengambilalihan secara digital.

Dengan kelonggaran baharu tersebut, SC akan membenarkan kaedah hibrid untuk menghantar pemberitahuan dan dokumen pengambilalihan melalui penerbitan elektronik di halaman khusus di laman sesawang Bursa atau SC; dan pada masa yang sama menghantar kepada semua pemegang saham yang menerima tawaran, ringkasan pemberitahuan dalam bentuk fizikal untuk memaklumkan mereka mengenai tawaran dan notis dan dokumen yang berkaitan yang disediakan di laman sesawang SC atau Bursa. Pemegang saham kini boleh memilih untuk menerima tawaran sama ada secara elektronik atau melalui kaedah konvensional dengan memberi respons melalui pos.

SC juga telah melanjutkan tempoh masa penyelesaian pembayaran tunai daripada 10 hari kepada 12 hari untuk memudahcarakan penyelesaian pembayaran melalui e-bayaran atau pengeluaran cek oleh pemegang saham yang telah menerima tawaran pengambilalihan.

Ketika tempoh PKP, pembuat tawaran boleh menghantar pengisytiharan kepada SC untuk mengesahkan bahawa semua syarat-syarat telah dipenuhi sebagai ganti pengisytiharan statutori di bawah seksyen 222(1)(B) CMSA.

Kelonggaran di atas terpakai hanya semasa tempoh PKP dan SC ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat yang ditadbir di bawah CMSA dan Peraturan tersebut agar berhati-hati dalam mempertimbangkan kelonggaran di atas dan memastikan bahawa semua keperluan lain dipatuhi sepenuhnya.

Butiran mengenai kelonggaran dalam mematuhi CMSA dan Peraturana tersebut boleh dimuat turun daripada www.sc.com.my/regulation/technical-notes-practice-notes-and-circulars dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Takeovers&[email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup