SC Perkenal Langkah Lanjut untuk meliberalisasikan Industri Pengurusan Pelaburan

Kuala Lumpur, 15 Mei 2002

Sejajar dengan langkah untuk meliberalisasikan secara berperingkat industri pengurusan pelaburan, Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini memperkenalkan satu polisi baru untuk membenarkan sekumpulan syarikat atau individu untuk mempunyai kepentingan dalam lebih daripada sebuah syarikat pengurusan unit amanah (UTMC).

Polisi baru ini diperkenalkan melalui Practice Note 16 Guidelines on Unit Trust Funds (Garis panduan), yang boleh didapati di tapak web SC.

Sebelum ini, Practice Note 9 Garis panduan tersebut mengehadkan kumpulan syarikat kepada hanya sebuah UTMC bagi setiap kumpulan.

Kelonggaran sekarang ini diperkenalkan memandangkan kerumitan yang semakin bertambah pada struktur pegangan saham dalam sesebuah kumpulan syarikat dan berikutan maklum balas daripada industri pengurusan pelaburan.

Polisi baru itu disertakan dengan syarat-syarat tertentu termasuk antara lain, pemegang saham, yang mungkin sekumpulan syarikat atau individu, hanya boleh mengawal sebuah syarikat pengurusan unit amanah. Sekiranya pemegang saham itu mempunyai kepentingan dalam syarikat pengurusan unit amanah yang lain, pemegang saham tersebut tidak berhak untuk menggunakan lebih daripada 20% saham mengundi syarikat pengurusan unit amanah yang mana pemegang saham tersebut mempunyai kepentingan minoriti.

Di samping itu, pemegang saham tersebut juga tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan harian syarikat pengurusan unit amanah yang mana ia mempunyai kepentingan minoriti atau diwakili di peringkat Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Pelaburan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup