Pangkalan data dalam talian tersebut adalah berguna khususnya bagi mereka yang membuat kajian komparatif terhadap dana unit amanah. Inisiatif ini diterajui oleh bahagian pendidikan dan latihan SC, Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan keseluruhan perpustakaannya bagi mengenal pasti, memperkukuh dan menyediakan akses dalam talian kepada maklumat dan data pasaran modal, yang akan menggalakkan pendidikan pelabur dan menyokong penyelidikan terhadap pasaran modal.
Untuk mengakses pangkalan data tersebut, orang ramai perlu mendaftar untuk menjadi ahli Perpustakaan SIDC. Keahlian individu adalah sebanyak RM50 setahun manakala keahlian korporat, yang membenarkan tiga penama adalah sebanyak RM500 setahun. Borang pendaftaran boleh didapati di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan SIDC di talian
03-6204 8668 (telefon), 03-6201 5131 (faks) atau e-mel:
[email protected]