SC Perkenal Rangka Kerja Baharu Untuk Memudahcara Penawaran Dana Islam Bercirikan Wakaf
12 November 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan rangka kerja baharu untuk memudahcarakan penawaran dana Islam yang bercirikan wakaf untuk memacu pertumbuhan segmen kewangan sosial Islam. Pembangunan wakaf telah dikenal pasti sebagai salah satu bidang yang berpotensi besar untuk pembangunan sosial, pengagihan manfaat dan kekayaan awam yang lebih besar, di bawah Rangka Tindakan Pengurusan Dana dan Kekayaan Islam SC yang dilancarkan pada 2017.

Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf (rangka kerja) akan memperluas rangkaian produk pasaran modal Islam yang inovatif dan memberikan orang ramai akses kepada dana Islam yang memperuntukkan keseluruhan atau sebahagian daripada pulangan dana ke arah aktiviti yang memberi manfaat sosial melalui wakaf.

Wakaf merupakan instrumen endowmen Islam yang biasanya dikaitkan dengan objektif pembangunan sosial dan kedermawanan. Menurut SC, rangka kerja yang berkuat kuasa hari ini, akan menyepadukan objektif komersial dan sosial serta membolehkan pelaburan untuk manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

Rangka kerja ini merangkumi dana unit amanah dan dana borong sedia ada dan yang baru dilancarkan. Ia menetapkan penerima wakaf yang layak dan keperluan penzahiran bagi meningkatkan ketelusan dalam pelaburan yang dilakukan oleh pelabur dan pengagihan wakaf.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, SC telah berusaha untuk memudahcarakan pembangunan wakaf melalui beberapa inisiatif melalui platform kepimpinan pemikiran, termasuk penganjuran sidang meja bulat industri khusus dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam Oxford, memperkenalkan rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang menggabungkan pembangunan aset wakaf sebagai projek SRI yang layak, serta memudahcarakan penawaran saham wakaf pertama di dunia.

Butiran lanjut dan maklumat mengenai Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf boleh diperolehi melalui Guidelines on Unit Trust Funds dan Guidelines on Unlisted Capital Market Products under the Lodge and Launch Framework yang disemak semula di laman sesawang SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup