SC Perkenal Rangka Kerja IPO yang Dipertingkat bagi Pasaran Utama
21 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

  • Rangka Kerja baru akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021; 
  • Memperkenalkan Proses Rundingan Menyeluruh Wajib untuk Meningkatkan Kecekapan;
  • Tempoh Pendedahan yang Lebih Panjang bagi Draf Prospektus; 
  • Liberalisasi Rejim Penasihat Utama; 
  • Bursa ditugaskan untuk hal pendaftaran prospektus Pasaran ACE 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan rangka kerja Tawaran Awam Awal (IPO) yang dipertingkatkan untuk menggalakkan tanggungjawab bersama dalam kalangan pihak berkepentingan utama yang terlibat dalam penyerahan IPO untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Rangka kerja baharu tersebut, yang juga boleh diguna pakai untuk penyerahan Pengambilalihan Berbalik (reverse take-over - RTO), akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

“Di bawah pendekatan yang dipertingkat ini, SC memberi lebih penekanan terhadap tanggungjawab bersama dalam kalangan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses permohonan IPO. Pemohon dan semua penasihat mereka akan memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan penilaian yang sewajarnya dilakukan dengan baik sebelum penyerahan, agar standard tadbir urus pengawal industri terpelihara untuk memudahcarakan proses kelulusan yang lebih cekap,” menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Salah satu ciri utama rangka kerja baharu ini adalah pengenalan terhadap proses rundingan pra-penyerahan menyeluruh wajib antara SC dan pihak berkepentingan utama termasuk pemohon, penasihat utama, peguam, akauntan pelapor dan penilai.
SC mengatakan bahawa sesi pra-penyerahan wajib akan memudahcarakan perbincangan mengenai isu-isu penting dan apa-apa kebimbangan sebelum penyerahan permohonan IPO.

Rangka kerja baharu ini juga akan memberikan tempoh pendedahan draf prospektus yang lebih panjang hingga tarikh pendaftaran prospektus, berbanding tempoh pendedahan semasa iaitu 15 hari pasaran. Ini akan membolehkan lebih banyak penyertaan awam dalam memberikan maklum balas berkenaan draf prospektus.

Penasihat Utama yang Diluluskan dan Pegawai Kanan yang Layak bagi rejim tersebut juga akan diliberalisasikan di bawah rangka kerja baharu, bagi membolehkan kumpulan profesional berkelayakan yang lebih besar terlibat dalam penyerahan permohonan IPO atau RTO kepada SC. Ini akan diseimbangkan dengan obligasi khusus Penasihat Utama, pegawai professional yang berkelayakan dan pihak lain yang terlibat dalam penyerahan permohonan kepada SC.

Untuk melaksanakan rangka kerja ini, SC telah menyemak semula Buku Panduan Pelesenan (Licensing Handbook) dan memasukkan kriteria kelayakan Penasihat Utama dan Pegawai Berkelayakan dan keperluan bagi pengiktirafan sebagai Penasihat Utama yang Diiktiraf. Buku Panduan Pelesenan telah dikemas kini untuk memberi lebih penekanan terhadap kepentingan kualiti penyerahan kepada SC, terutamanya mengenai keperluan bagi pengantara dan pemohon untuk memastikan kesahihan, ketepatan, kesempurnaan dan ketekalan apa-apa dokumen yang akan diserahkan kepada SC.

Sementara itu, SC juga sedang mempertimbangkan untuk memperbaharui rangka kerja kawal selia Pasaran ACE. Perbincangan kini diadakan mengenai potensi pemindahan keseluruhan rangka kerja Pasaran ACE termasuk pendaftaran prospektus kepada Bursa Malaysia pada separuh pertama 2021. Oleh itu, SC akan berkerjasama rapat dengan Bursa untuk meningkatkan proses dan sumber dalamannya agar Bursa Malaysia dapat melaksanakan fungsi tambahan ini.

Semua garis panduan dan dokumen lain yang berkaitan dengan rangka kerja IPO/RTO yang dipertingkat boleh didapati di laman sesawang SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup