Rangka kerja tersebut, yang merupakan sebahagian daripada agenda digital SC bagi pasaran modal, bermatlamat untuk menyediakan pelabur dengan saluran yang lebih mudah, berpatutan dan boleh diakses untuk mengurus dan mengembangkan kekayaan mereka. Untuk mengukuhkan perlindungan pelabur, keperluan tatalaku tertentu, yang sepadan dengan ciri-ciri tersendiri model perniagaan baharu ini, telah ditetapkan. Ini termasuk keperluan bagi lembaga pengarah untuk bertanggungjawab ke atas tadbir urus perniagaan pengurusan pelaburan digital dengan memastikan bahawa:
Keupayaan teknologi yang diperlukan adalah tersedia termasuk pengenalpastian individu yang berkelayakan dalam syarikat yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai risiko dan peraturan algoritma yang diguna pakai;
- Rangka kerja pengurusan risiko adalah cukup kukuh untuk mengurus risiko yang berkaitan dengan penawaran perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara beratuomasi termasuk daya tahan keselamatan siber;
- Hasil yang disediakan oleh algoritma adalah konsisten dengan strategi pengurus pelaburan digital; dan
- Dasar-dasar bertulis tersedia untuk memantau dan menguji secara kerap algoritma yang digunakan.
Syarikat pengurusan portfolio berlesen boleh menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital sekiranya mereka memenuhi semua keperluan dalam Buku Panduan Pelesenan (Licensing Handbook) yang telah dikemas kini dan garis panduan yang berkaitan. Mereka yang ingin menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital boleh memohon lesen baharu berkuat kuasa 9 Mei 2017.
Buku Panduan Pelesenan yang dikemas kini dan Garis Panduan Fungsi Pematuhan bagi Syarikat Pengurusan Dana (Guidelines on Compliance Function for Fund Management Companies) boleh didapati di
www.sc.com.my.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA