SC perkukuh rangka kerja keperluan kecukupan modal bagi pembrokeran saham

Kuala Lumpur, 20 November 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan pengukuhan kepada rangka kerja Keperluan Kecukupan Modal (Capital Adequacy Requirement) (CAR) bagi syarikat broker saham. Pengukuhan tersebut bertujuan memudahcarakan perekayasaan (re-engineering) modal perniagaan industri broker saham danmembolehkan syarikat broker saham menggunakan modal mereka dengan lebih cekap.

Pengukuhan tersebut akan memberikan lebih kelonggaran kepada industri broker saham dalam menjalankan perniagaan mereka untuk meningkatkan daya saing dan memudahcarakan peralihan ke arah pendekatan pengawasan berasaskan risiko. Pengukuhan ini sejajar dengan visi dan inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) untuk mewujudkan perantara pasaran tempatan yang kukuh yang menawarkan perkhidmatan penuh dan menggalakkan lebih penggantungan terhadap pendekatan kepada pengawalseliaan berasaskan pasaran.

Rangka kerja CAR pertama kali dilaksanakan pada bulan Disember 1999, selepas Krisis Kewangan Asia. Objektifnya adalah untuk memastikan syarikat broker saham mempunyai modal yang mencukupi dan menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berhati-hati. Objektif ini telah dicapai.

Pada bulan Januari tahun ini, keperluan nisbah penggearan yang dibenarkan bagi Broker Universal (UB) yang mempunyai modal teras melebihi RM500 juta telah dimansuhkan; sekaligus memansuhkan had ke atas pinjaman bank oleh UB.

Berikutan perundingan terperinci dengan industri broker saham dan peserta pasaran lain ketika sesi pertemuan sehingga ke dialog CMP yang diadakan baru-baru ini, didapati perlunya kelonggaran yang lebih banyak diberikan kepada syarikat broker saham dalam memenuhi keperluan berhemat, apabila perniagaan broker saham berkembang daripada perniagaan satu jenis kepada rangkaian pelbagai produk dan semakin sofistikated.

Terdapat juga keperluan untuk menyedari kesan kepelbagaian produk yang semakin meningkat dan urus niaga pendedahan aset dalam bentuk kesan pengurangan risiko mereka.

Pengukuhan yang diumumkan hari ini mengambil kira bahawa syarikat broker saham telah biasa dan berkemampuan untuk mengurus risiko sejak pelaksanaan rangka kerja CAR pada tahun 1999 dan agak lebih berdisiplin dan berhemat dalam tatalaku perniagaan. Dalam membangun pengukuhan ini, SC telah menjalankan kajian bidang kuasa dan telah mengambil kira maklum balas daripada industri. Standard berhemat yang diguna pakai dalam rangka kerja yang dipertingkat tersebut telah ditetapkan sekurang-kurangnya setara dengan standard antarabangsa.

Butiran penting pengukuhan baru tersebut:

  • Kekerapan pelaporan CAR telah beralih kepada pendekatan berasaskan risiko yang membahagikan kekerapan pelaporan berasaskan kemampuan syarikat broker saham untuk memenuhi keperluan berhemat. Walau bagaimanapun, syarikat broker saham masih dikehendaki mengawasi dan mengira nisbah CAR mereka pada setiap hari, mengikut larasan pasaran (mark-to-market basis) sebagai pengukuran risiko dan memastikan BSKL mempunyai akses kepada sistem sistem pengawasan CAR mereka.
  • Faktor Risiko Kedudukan (Position Risk Factors) dan Keperluan Risiko bagi Pendedahan Besar (Risk Requirements for Large Exposure) telah disemak semula sementara nisbah CAR telah diseragamkan kepada 1.2 kali bagi semua syarikat broker saham. Perubahan ini mengambil kira kepelbagaian yang meningkat dalam skop perniagaan syarikat broker saham dan kesan yang menyebabkan risiko kepelbagaian.

Keperluan CAR baru tersebut akan dimasukkan ke dalam Peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Butiran pengukuhan tersebut disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup