SC: Pihak korporat akan menikmati rangka kerja yang lebih memudahcarakan bagi pensekuritian aset

Kuala Lumpur, 19 Disember 2002

Pihak korporat akan mempunyai satu rangka kerja yang lebih memudahcarakan bagi penjanaan berkaitan hutang korporat dengan pelaksanaan laporan menyeluruh mengenai pensekuritian aset, yang baru diluluskan oleh Jawatankuasa Pasaran Bon Kebangsaan.

Laporan bertajuk ‘Report on Asset Securitisation in Malaysia – The Way Forward for the Malaysian Market’ disediakan oleh Jawatankuasa Perundingan Pensekuritian Aset (ASCC), dengan perundingan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC).

ASCC terdiri daripada para profesional pasaran termasuk pengurus utama, penasihat perundangan, akauntan, agensi pengkadaran dan wakil daripada syarikat pajakan tempatan. Jawatankuasa Pasaran Bon Kebangsaan, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dato’ Dr. Samsudin Hitam dan mengawasi pembangunan pasaran bon di Malaysia, meluluskan laporan berkenaan bulan lalu. Laporan tersebut kini boleh didapati di tapak web SC di www.sc.com.my.

Pengarah SC, Dr. Nik Ramlah Nik Mahmood berkata bahawa laporan tersebut mengenal pasti halangan perundangan, pengawalseliaan, pencukaian dan perakaunan kepada pembangunan pensekuritian aset, dan yang lebih penting menyediakan penyelesaian yang membawa kepada suatu rangka kerja yang efisien dan memudahcarakan.

“Kami yakin bahawa dengan menyediakan suatu rangka kerja yang lebih memudahcarakan bagi pensekuritian aset, pasaran akan lebih menyedari dan memperolehi manfaat yang berpotensi daripada produk ini,” kata beliau.

Pensekuritian aset diperkenalkan di Malaysia hanya pada tahun lalu, berikutan pengeluaran Guidelines on the Offering of Asset Backed Debt Securities oleh SC pada bulan April 2001. Semenjak itu, ia telah meluluskan tujuh cadangan pensekuritian berjumlah lebih RM5.4 bilion.

Dr. Nik Ramlah juga mengatakan bahawa rangka kerja yang dicadangkan itu melengkapi Guidelines on the Offering of Asset Backed Debt Securities.

Beliau berkata SC telah pun memulakan usaha sejajar dengan beberapa cadangan yang dinyatakan di dalam laporan tersebut, khususnya perkara yang berkaitan dengan pencukaian, perakaunan serta isu-isu pengawalseliaan yang lain. SC telah mengemukakan cadangan pencukaian yang menyeluruh kepada Kementerian Kewangan mengenai pewujudan rangka kerja pencukaian yang neutral bagi urus niaga pensekuritian. Tambahan lagi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia telah menubuhkan kumpulan kerja kecil untuk mengkaji dan menjelaskan kaedah perakaunan yang sesuai yang boleh diguna pakai oleh urus niaga pensekuritian.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup