SC: Proses Perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif Entiti Berlesen
18 Jun 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merujuk kepada pelbagai rencana media mengenai bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mengaitkan proses kelulusan SC bagi pelantikan ketua eksekutif entiti-entiti berlesen.

SC ingin menjelaskan bahawa di bawah Panduan Pelesenan (Licensing Handbook) SC, sesebuah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) hendaklah memperoleh kelulusan SC terlebih dahulu bagi pelantikan ketua eksekutifnya. Dalam berbuat demikian, pemegang CMSL dan lembaga pengarahnya dikehendaki menjalankan proses ketekunan wajar ke atas keupayaan dan kecekapan individu tersebut untuk mengetuai entiti berlesen. Ini termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu tersebut untuk mempamerkan kemahiran dan ketekunan wajar dalam melaksanakan tugasnya. Di samping itu, SC juga akan menjalankan penilaian kawal selia mengenai latar belakang individu berkenaan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

Keperluan dan amalan SC adalah setanding dengan piawaian yang diguna pakai oleh pengawal selia pasaran modal lain di rantau ini.

Sebagai pemegang CMSL, PNB dikehendaki memastikan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya, termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan, adalah benar dan tepat setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan sewajarnya. Keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan. Sehubungan ini, syarikat tersebut telah membuat pengisytiharan kepada SC bahwa semua maklumat yang diberikan dalam serahannya kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya adalah benar dan tepat.

Baru-baru ini, SC dimaklumkan bahawa terdapat percanggahan dalam serahan oleh syarikat kepada SC berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas PGCEnya, dan sehingga kini telah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam serahan tersebut. SC telah memohon penjelasan daripada pihak yang berkenaan mengenai percanggahan ini. Maklum balas PNB terhadap pertanyaan SC masih belum diterima.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup