SC sahkan seorang ahli lembaga bebasnya positif Covid-19
12 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengesahkan bahawa salah seorang ahli lembaga bebasnya telah didapati positif Covid-19. Ahli lembaga terbabit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

"SC sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan untuk menjalankan semua langkah wajar untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan kami, termasuk secara proaktif mengenal pasti kakitangan yang mempunyai hubungan rapat dengan individu tersebut," menurut jurucakap SC.

Sebagai satu langkah pencegahan, semua kakitangan SC akan bekerja dari rumah esok (Jumaat, 13 Mac) untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh di premisnya. Pejabat SC akan dibuka semula pada hari Isnin 16 Mac 2020.

Sejak bermulanya penularan virus tersebut di Malaysia, pihak SC telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berjaga-jaga untuk melindungi kakitangannya dan mengurangkan penyebaran virus. Ini termasuk antara lain, mengaktifkan operasi pasukan kerja pisah (split team) untuk mengurangkan bilangan kakitangan yang bekerja di satu lokasi, pemeriksaan kesihatan terhadap pelawat, kuarantin di rumah bagi kakitangan yang mempunyai hubungan rapat dengan individu yang disyaki dan disahkan kes Covid-19, dan meningkatkan kerja pembersihan harian pejabat.

Orang ramai masih boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat SC di [email protected] (pertanyaan umum) dan Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di [email protected] (aduan).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup