SC Saman Bekas Pengarah dan Remisier Kerana Manipulasi Pasaran Saham Reliance Pacific Bhd
16 Mei 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 8 Mei 2020 telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap lima individu, termasuk bekas pengarah dan remisier atas kesalahan manipulasi pasaran membabitkan saham Reliance Pacific Bhd (RPB).

SC mendakwa bahawa Toh Lean Seng (47), Tham Yoke Sing (47), Lee Ai Peng (47), Yap Wai Fong (74) dan Lee Beng Huat (52) melakukan aktiviti manipulasi dalam dagangan saham RPB antara 3 Oktober 2006 hingga 31 Oktober 2007. Toh, Tham dan Lee, yang merupakan pengarah JTL Equities Sdn Bhd pada tempoh tersebut didakwa bertanggungjawab terhadap pengawalaan dan pengurusan 38 akaun yang digunakan bagi tujuan aktiviti manipulasi tersebut.

Yap, seorang bekas remisier di AMInvestment Bank Bhd dan Lee, bekas remisier di Kenanga Investment Bank Bhd, didakwa bertanggungjawab melaksanakan beberapa dagangan yang dipertikaikan.

SC memohon perintah mahkamah bagi pengembalian wang dan penalti sivil sebanyak RM5,141,400.77, serta perintah untuk melarang pihak defendan daripada dilantik sebagai pengarah syarikat awam tersenarai dan daripada melaksanakan dagangan di bursa saham bagi tempoh lima tahun.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup