Langkah untuk menyekat akses ke laman web pelaburan tidak sah tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan merupakan proses berterusan, dan lebih laman web akan disekat dalam beberapa bulan akan datang ketika SC meneruskan siasatannya.
Enam laman web tersebut yang telah disekat ialah:
SC akan terus bekerja sama dengan MCMC dan CyberSecurity Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman-laman web yang mempromosikan skim penipuan pelaburan. Ia akan mengambil semua langkah untuk memerangi aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah tersebut.
Antara 1 Jun 2007 dan 11 Jun 2007, SC telah menerima hampir 700 pertanyaan berkaitan skim pelaburan Internet tidak sah dan sesetengah orang ramai telah menyatakan bahawa mereka telah kehilangan sejumlah wang yang besar. Orang ramai adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Soalan-Soalan Lazim: Jangan Melabur Dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah” yang boleh didapati di
www.sc.com.my.
Pelabur yang masih mengambil bahagian dalam skim pelaburan tidak sah tersebut melalui Internet adalah diingatkan agar mengeluarkan pelabur mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman-laman web tersebut disekat.
Laman web SC menyiarkan senarai tiada had syarikat dan laman web yang dikemas kini secara berkala yang tidak diberi kuasa dan yang tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang berlesen dengan SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk berurusan dalam aktiviti pelaburan juga boleh didapati di laman web SC.