SC Semak Garis Panduan ETF untuk Tingkatkan Penyertaan Runcit
26 November 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menyemak semula Garis Panduan Dana Dagangan Bursa (Guidelines on Exchange-traded Funds) (ETF), yang membolehkan penerbitan lebih banyak ETF yang dipelbagai di pasaran. Ini termasuk ETF berasaskan niaga hadapan, ETF sintetik, ETF komoditi fizikal dan ETF beta pintar.

Pengenalan pelbagai ETF ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan kompetitif dan memudahcarakan inovasi produk di pasaran, menyediakan peluang pelaburan baharu dan memberi pendedahan kepada para pelabur dengan selera risiko yang berbeza-beza.

Peningkatan ini seiring dengan perkembangan di peringkat global, di mana pasaran ETF Asia dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan dalam aset sebanyak 18 peratus menjelang 2021[1]. Ketika ini, Malaysia mempunyai 10 ETF tersenarai dengan jumlah permodalan pasaran yang digabungkan kira-kira RM2.03 bilion, sehingga Oktober 2018.

ETF berasaskan niaga hadapan, seperti ETF Leveraged and Inverse (L&I), akan membuka jalan bagi saluran yang lebih berkesan kos dan telus bagi pelabur untuk mengakses pasaran niaga hadapan tradisional yang sofistikated. ETF Leveraged yang menggunakan kontrak niaga hadapan untuk menyediakan pulangan harian indeks pendasar (positif atau negatif) berganda manakala ETF Inverse membolehkan pelabur memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun.

Oleh kerana kerumitan ETF L&I, bakal pelabur runcit mesti memenuhi kriteria pra-kelayakan tertentu sebelum mereka boleh melabur dalam produk ini. Pelabur runcit yang pertama kali mesti menjalani modul e-pembelajaran yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia serta simulator prestasi yang disediakan oleh syarikat pengurusan ETF L&I sebelum mereka boleh melabur dalam ETF L&I.

Untuk maklumat lanjut mengenai Garis Panduan ETF yang telah disemak tersebut, yang berkuat kuasa pada 2 Januari 2019, sila layari pautannya di sini (https://www.sc.com.my/legislation-guidelines/collective-investment-schemes/)

[1] - Sumber: ETFs – A Roadmap to Growth, PwC 2016
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup