SC Siasat Aktiviti Dagangan Niaga Hadapan Tanpa Lesen
4 April 2011  |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyiasat aktiviti individu yang berikut kerana kemungkinan melanggar undang-undang sekuriti berhubung dengan dagangan dalam kontrak niaga hadapan tanpa lesen:

1. Ahmad Fauzi bin Ambran (Nombor kad pengenalan: 770709-08-5605)
2. Ahmad Nazmi bin Mohamed (Nombor kad pengenalan: 850521-03-5243)
3. Mohd Shahrul Firdaus bin Zakaria (Nombor kad pengenalan: 851220-08-5049)
4. Mohd Khalid bin Sujud (Nombor kad pengenalan: 870516-01-5609)
5. Fakhrul Arif bin Ahmad Husni (Nombor kad pengenalan: 880526-08-6063)
6. Fakhrul Mukmin bin Ahmad Husni (Nombor kad pengenalan: 840922-08-5891)
7. Fakhrul Razi bin Ahmad Husni (Nombor kad pengenalan: 910727-08-6013)

Tiada seorang pun daripada mereka yang disenaraikan di atas diberi lesen oleh SC untuk mendapatkan wang atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain. Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berurusan dengan, atau menyerahkan wang kepada individu tersebut berhubung dengan dagangan dalam kontrak niaga hadapan, dan supaya menghubungi SC sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai urusan berkenaan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa. Jika skim tersebut mempunyai kaitan dengan pengantara berlesen, pelabur dinasihati supaya mengesahkan kesahihan skim tersebut dengan pengantara berlesen berkenaan atau dengan SC.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan mengenai skim tersebut atau yang sama dengannya dinasihati supaya menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC melalui e-mel di [email protected] atau menghubungi: 03-62048999 dengan segera.

Orang ramai juga dinasihati supaya berurusan hanya dengan syarikat dan individu yang diberi lesen oleh SC seperti yang tersenarai di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup