SC siasat FX Capital Consultant

— memberi amaran kepada orang ramai terhadap aktiviti pelaburan tidak berlesen

Kuala Lumpur , 9 Mei 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melancarkan siasatan terhadap FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd.

FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd tidak dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, dan oleh itu, tidak mempunyai kebenaran untuk berurusan dalam sekuriti, berdagang dalam kontrak niaga hadapan, dan memberi perkhidmatan pengurusan dana atau nasihat pelaburan yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan.

SC menggesa para pelabur supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh pelaburan yang singkat.

Para pelabur juga diingatkan supaya hanya melabur dengan individu atau syarikat yang dilesenkan oleh SC. Senarai lengkap entiti berlesen boleh didapati di sini.

SC terus berwaspada terhadap skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang terlalu sukar untuk dipercayai. SC mengalu-alukan aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya penipuan atau skim tidak sah, yang boleh di e-melkan kepada [email protected] atau tel: 03-6204 8999.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup