SC telah mengarahkan RBTR berhenti mendapatkan dana baru dari orang ramai, sama ada secara langsung atau melalui wakilnya, sehingga notis selanjutnya. SC juga telah melantik juruaudit bebas bagi memeriksa aktiviti pengurusan dana RBTR dan memantau urus niaga RBTR.
SC ingin menegaskan lagi mengenai kepentingan memahami jenis produk dan skim dan, lebih penting lagi, menilai risiko yang terlibat dalam sesuatu pelaburan sebelum melabur. Pelabur dinasihatkan supaya menyedari bahawa semua pelaburan mempunyai risiko.