SC siasat Rantau Simfoni dan Zamani Hamdan
27 April 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyiasat aktiviti Rantau Simfoni Sdn Bhd dan pengarahnya Zamani bin Hamdan bagi kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang sekuriti berhubung dengan dagangan dalam kontrak niaga hadapan tanpa lesen.

Kedua-dua Rantau Simfoni dan Zamani tidak mendapat lesen daripada SC untuk meminta wang atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain. Oleh itu, para pelabur dinasihatkan supaya tidak berurus niaga dengan Rantau Simfoni atau Zamani dan diminta supaya menghubungi SC sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan.

SC juga ingin mengingatkan orang ramai mengenai peningkatan dalam penipuan pelaburan yang didakwa dijalankan melalui pihak yang berlesen, atau dengan kelulusan SC.

Para pelabur dingatkan supaya berwaspada terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa. Sekiranya skim tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan pengantara berlesen, pelabur dinasihatkan supaya mengesahkan ketulenan skim seumpama itu dengan pihak pengantara berlesen yang berkenaan atau dengan pihak SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup