SC Siasat Sindiket yang Disyaki Dalangi Skim Pelaburan Tidak Berlesen

31 Mac 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyiasat satu sindiket yang disyaki mendalangi lima skim pelaburan tidak berlesen, termasuk dua skim firma klon, yang telah menipu ratusan pelabur dengan jumlah lebih RM7 juta dalam aktiviti pelaburan yang tidak berlesen.
Susulan aduan dan maklumat daripada orang ramai, baru-baru ini SC telah menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan merampas rekod dan peranti yang digunakan oleh sindiket tersebut. SC turut merampas pelayan (server) yang digunakan sindiket itu dalam menjalankan skim penipuan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Siasatan awal menunjukkan bahawa sindiket tersebut telah menjalankan sekurang-kurangnya lima skim pelaburan tidak berlesen sejak 2016:

1. Amal Trust (juga dikenali sebagai Wakala Ventures atau AML Global)
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002848059-U
URL: https://amal-trust.com/ (disekat)

2. Asia Equity Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002576131-V
URL: Tidak dapat diakses lagi sejak 2018

3. Perniagaan Global Ekuiti
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002697965-K
URL: Tidak mempunyai laman web

4. Lindale Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003041846-U
URL: http://www.lindale-ventures.com/ (disekat)

5. Waheed Ventures (juga dikenali sebagai Waheed Trading atau Wadeed Global Ventures)
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003089431-V
URL: https://waheed-ventures.com/ (disekat)

Orang ramai yang telah berurusan dengan skim-skim tidak berlesen ini atau dengan wakilnya diminta untuk tampil memberikan maklumat yang berkaitan kepada pihak SC dengan menghubungi 012-6113519 atau e-mel [email protected].

Kesemua lima skim tersebut telah dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur SC: http://www.sc.com.my/investor-alert. SC juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyekat laman-laman web yang berkaitan.

SC ingin mengingatkan para pelabur agar sentiasa berhati-hati ketika menilai peluang pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi degan sedikit atau tanpa risiko. Pelabur juga disarankan agar mendapatkan bimbingan penasihat berlesen yang sah. Pelabur digesa untuk mengesahkan status individu atau syarikat yang menawarkan peluang pelaburan melalui laman web SC di:
-www.sc.com.my/regulation/licensing/licensed-and-registered-persons; dan
- www.sc.com.my/development/digital/list-of-registered-recognized-market-operators.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup