SC tanda tangani MoU bersama rakan sekerja dari UAE

Kuala Lumpur, 21 Mac 2005

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Emirates Securities and Commodities Authority (ESCA) Emiriyah Arab Bersatu (UAE), di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 18 Mac 2005. MoU tersebut akan memudahcarakan kerjasama antara kedua bidang kuasa berkenaan penguatkuasaan undang-undang sekuriti serta inisiatif pembangunan dan latihan antara kedua-dua badan kawal selia tersebut.

Pengerusi SC, Dato' Md Nor Yusof berkata MoU tersebut merupakan langkah penting ke arah mengekalkan integriti pasaran modal kerana ia akan memudahcarakan kerjasama antara pengawal selia sekuriti untuk membanteras penggunaan pasaran modal antarabangsa bagi kegiatan penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, dan lain-lain bentuk jenayah kewangan antarabangsa.

"Ketika meningkatnya pengantarabangsaan pasaran modal yang terus mewujudkan cabaran baru bagi semua bidang kuasa dari segi perlindungan pelabur, persaingan dan kecairan, adalah penting bagi pengawal selia untuk bekerjasama bagi memastikan pengawalseliaan rentas sempadan dan pertukaran maklumat bagi mengekalkan pasaran yang lancar dan dikawal selia dengan baik untuk terus menjadi tarikan pelabur", kata Dato' Md Nor.

Dari perspektif pembangunan, pasaran modal Islam akan menjadi salah satu bidang utama kerjasama antara SC dan ESCA. Sehubungan dengan ini, MoU tersebut akan memudahcarakan pemindahan pengetahuan daripada SC ke ESCA dan sebaliknya berkaitan dengan pembangunan produk dan perkhidmatan pasaran modal Islam.

"Pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara pasaran ialah kunci kepada pembangunan keseluruhan pasaran sekuriti global. Pasaran modal Islam merupakan satu bidang yang berkembang, yang mana kedua-dua bidang kuasa mempunyai peluang yang baik untuk membangunkannya. Oleh itu, kami mengalu-alukan kesempatan ini untuk bekerjasama dan membantu dalam membangunkan pasaran masing-masing," kata Dato' Md Nor.

Delegasi peringkat tinggi dari UAE terdiri daripada Menteri Ekonomi & Perancangan UAE dan Pengerusi ESCA, Puan Yang Terutama Sheikha Lubna Khalid Al-Qassimi; Ketua Eksekutif ESCA, Abdullah Al-Turaifi; Penolong Setiausaha Hal Ehwal Kerjasama Antarabangsa, Kementeria Luar Negeri, Mohamed Abdul Rahim Abdul Jalil; dan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi & Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Ekonomi dan Peracangan, Abdullah Ahmad Al-Saleh. Mereka diiringi oleh Duta Besar UAE ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Nasser Al-Abboudi.

Sehingga kini, SC telah menandatangani 23 MoU bersama rakan pengawal selia asing.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup