SC tangkap dan dakwa Soh Chee Wen

Kuala Lumpur, 14 Mei 2002

Suruhanjaya Sekuriti menangkap Soh Chee Wen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi ini dan mendakwa beliau atas dua tuduhan bawah Seksyen 87A(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menipu Omega Securities Sdn Bhd.

Soh mengaku tidak bersalah dan diberikan ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua jaminan. Pasport dan dokumen perjalanan beliau telah diserahkan kepada Mahkamah sebagai syarat ikat jamin tersebut. Beliau juga dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Subang Jaya setiap hari Isnin, dua minggu sekali.

Jika sabit kesalahan bawah Seksyen 87A(a) SIA membawa hukuman denda minimum RM1 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup