SC Terbit Nota Amalan berkaitan Skim Unit Amanah berteraskan Syariah

Kuala Lumpur, 10 Julai 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan dua set nota amalan berkaitan skim unit amanah berteraskan Syariah untuk mempertingkat lagi mutu pengurusan dan pentadbiran skim-skim sedemikian.

Usaha-usaha ini adalah sejajar dengan komitmen SC untuk membangunkan pasaran modal Islam di Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam objektif Pelan Induk Pasaran Modal.

Pelaburan dalam unit amanah berteraskan Syariah merupakan satu bidang utama penglibatan dalam pasaran modal Islam. Kini terdapat 31 buah skim unit amanah yang berteraskan Syariah di Malaysia.

Dua nota amalan, yang diterbitkan berpandukan "Guidelines on Unit Trust Funds" SC, ialah:

  • Practice Note 18 - Additional Requirements for Schemes Managed and Administered in Accordance with Syariah Principles (PN18); dan
  • Practice Note 19 - Procedures for Registration and Appointment of Syariah Committee Members/ Syariah Consultants for Schemes Managed and Administered in Accordance with Syariah Principles (PN19).

PN18 berkuat kuasa dari 1 Januari 2003 manakala PN19 berkuat kuasa serta merta, pada 10 Julai 2002.

PN18 menyatakan peranan jawatankuasa Syariah/jururunding Syariah, jawatankuasa pelaburan serta pemegang amanah dan pegawai pematuhan skim yang dilantik untuk mengawasi pengurusan skim tersebut dengan memastikan bahawa skim unit amanah berteraskan Syariah itu diuruskan dan ditadbirkan menurut objektifnya.

Selain itu, PN18 bertujuan untuk mempertingkat set kemahiran ahli jawatankuasa Syariah sesebuah skim dengan memastikan bahawa mereka yang dilantik itu mempunyai kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi mereka secara efektif.

PN19 menyatakan prosedur pendaftaran bagi ahli jawatankuasa Syariah/jururunding Syariah skim berteraskan Syariah. Ini bertujuan menyediakan rangka kerja yang efisien dan cepat bagi pelantikan ahli jawatankuasa Syariah/jururunding Syariah oleh skim berteraskan Syariah itu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup