SC Terima Laporan Audit Khas Baker Tilly Monteiro Heng Mengenai Oilcorp

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2008

Baker Tilly Monteiro Heng (BTMH) telah menyerahkan laporannya kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 4 Ogos 2008 berkenaan dengan audit khas ke atas akaun Oilcorp Berhad bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2006 dan 2007.

BTMH sebelum itu telah mengeluarkan penolak tuntutan dalam akaun teraudit 2007 Oilcorp kerana ia tidak dapat membentuk pandangan yang benar dan adil ke atas nilai berkontrak sebuah projek yang diberikan kepada Oilcorp oleh Plant Biofuels Corporation Sdn Bhd (Projek).

Mengikut arahan SC yang dikeluarkan bawah seksyen 320(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, BTMH perlu menentukan nilai berkontrak sebenar Projek dan mengesahkan kos Projek, memandangkan nilai berkontrak dan kos tersebut akan menentukan keberuntungan Projek.

Bawah arahan tersebut, Oilcorp juga perlu memberikan kerjasama penuh dan akses kepada maklumat yang diperlukan oleh SC BTMH.

Selepas melihat semua maklumat yang ada termasuk laporan terbaru BTMH, SC berpendapat bahawa masih terdapat perkara-perkara belum jelas berkaitan dengan kontrak, nilai, kos dan keberuntungan Projek yang memerlukan penjelasan lanjut. Selain itu, BTMH masih mengekalkan penolak tuntutannya terhadap akaun Oilcorp bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007.

Sehubungan itu, SC bersetuju supaya akaun Oilcorp diaudit semula bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 oleh juruaudit yang lain, yang perlu menentukan, antara lain, semua perkara yang berkaitan dengan kos dan seterusnya keberuntungan Projek tersebut.

Syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC) dan juruaudit mereka diingatkan supaya saling berhubungan sejak awal bagi menyelesaikan sebarang perkara yang berbangkit daripada sesuatu pengauditan untuk memastikan pengemukaan akuan yang menepati masa. Sehubungan ini, PLC mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan semua maklumat yang diperlukan oleh juruaudit bagi melakukan pengauditan. Begitu juga, juruaudit dikehendaki supaya bekerja dengan PLC bagi membentuk pandangan sama ada akaun PLC itu memberikan gambaran yang benar dan adil mengenai kedudukan kewangan mereka.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup