SC Terus Memacu Pendigitalan Pasaran Modal Malaysia
28 November 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menggesa penyedia perkhidmatan kewangan untuk memanfaatkan teknologi untuk membangunkan pasaran modal Malaysia yang lebih inklusif, inovatif dan cekap, sejajar dengan agenda kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital.

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng, yang merasmikan Persidangan Fintech SCxSC 2018, berkongsi butiran berhubung dana pelaburan bersama (CIF) yang diumumkan baru-baru ini bagi pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P). CIF merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada perusahan mikro kecil dan sederhana (PMKS), yang kebiasaannya menghadapi cabaran untuk memperoleh pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Sementara itu, Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar menggariskan kemajuan Strategi Pasaran Digital SC. Beliau berkata, “Teknologi dan inovasi, sekiranta diguna akai dalam kerangka perlindungan yang mantap, boleh dipupuk untuk menguba pasaran untuk manfaat pelabur, para pengantara pasaran dan ekonomi keseluruhannya.”

Syed Zaid menyatakan bahawa inisiatif pembiayaan berasaskan pasaran alternatif, iaitu ECF dan P2P, terus menunjukkan kemajuan yang kukuh. Sehingga kini, 13 platform berdaftar ECF dan P2P secara kolektif telah mengumpul lebih RM200 juta untuk hampir 500 PMKS. SC sedang menilai permohonan baharu bagi platform ECF dan P2P, dan akan membuat pengumuman pada separuh tahun pertama 2019.

Di samping itu, SC telah menerima minat yang kukuh daripada peserta pasaran modal baharu dan sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara berautomasi di bawah kerangka Pengurusan Pelaburan Digital (DIM). Walaupun lesen DIM yang pertama telah diberikan pada pertengahan Oktober, Syed Zaid menyatakan bahawa pengawal selia tersebut telah memberikan satu lagi kelulusan kelmarin, dan lebih banyak lagi permohonan kini dalam proses penilaian.

SC juga mengumumkan butiran mengenai Projek Castor (www.castor.my) di sertai oleh pelan tindakan bertajuk “Capital Market Architecture Blueprint in a Decentralised World”, (Reka Bentuk Pasaran Modal dalam Dunia yang Tidak Berpusat), yang meneroka pelaksanaan teknikal dan keupayaan penggunaan Teknologi Lejar Teragih (Distributed ledger technology - DLT) sebagai infrastruktur pasaran pendasar bagi pasaran tidak tersenarai dan pasaran di kaunter (OTC).

Edisi SCxSC2018 tahun ini, yang memberi tumpuan kepada teknologi inovatif baharu yang boleh diguna pakai dalam pasaran modal, menarik lebih 1,000 peserta untuk acara dua hari itu. Kini dalam tahun kelima penganjurannya, SCxSC merupakan persidangan Fintech tahunan SC bagi para usahawan, penginovasi teknologi dan digital, wakil industri dan kerajaan untuk membincangkan dan meneroka idea Fintech dalam pasaran modal.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup