SC: Timbalan Ketua Eksekutif baru dilantik

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa Menteri Kewangan telah melantik Puan Zarinah Anwar, 48, sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) dan Ahli Suruhanjaya Sekuriti SC yang baru. Pelantikan ini adalah bagi tempoh tiga tahun bermula dari 1 Disember 2001.

Puan Zarinah menggantikan Dato' Seri Ainum Mohd Saaid yang telah dilantik sebagai Peguam Negara pada 1 Januari 2001.

Puan Zarinah akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Shell Malaysia dan Pengarah Sumber Manusia, Hal Ehwal Korporat dan Jabatan Undang-undang syarikat tersebut yang disandangnya sekarang, untuk menerima pelantikan dengan SC. Puan Zarinah telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 22 tahun.

Sebagai DCE, portfolio Puan Zarinah termasuk menyelia Bahagian-bahagian Pengawasan Pasaran, Penguatkuasaan dan Sumber Korporat SC. Ini merangkumi, antaranya, penyeliaan fungsi-fungsi pengawasan pasaran, pengawalseliaan pasaran utama, pengawasan perantara, pelesenan, pengawasan dan pematuhan laporan kewangan, penyiasatan dan pendakwaan SC. Beliau juga akan bertanggungjawab ke atas hal-hal berkaitan kewangan dan sumber manusia.

Sebelum Shell, Puan Zarinah bertugas sebagai Hakim di Johor Bahru, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Peguam cara di Jabatan Pemegang Amanah Awam dan Penolong Penggubal Undang-undang di Jabatan Peguam Negara.

Puan Zarinah memperoleh ijazah LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1976.

Puan Zarinah juga merupakan Lembaga Pengarah pelbagai syarikat Shell serta Lembaga Pemegang Amanah bagi pelbagai Dana Amanah Shell Malaysia. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persekutuan Majikan Majikan Malaysia dan berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah SOCSO, Panel Perunding HR bagi Perbadanan Produktiviti Negara dan Lembaga Gabenor dan Lembaga Pemegang Amanah Kolej Tuanku Jaafar.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup