SC Tubuhkan Pusat Maklumat Sehenti untuk Bumiputera

Kuala Lumpur, 30 Mac 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan penubuhan sebuah unit khas iaitu Unit Bumiputera (Unit Bumi), di bawah Pejabat Pengerusi. Unit Bumi ini akan mula beroperasi pada 1 April 1999 dan akan menjadi pusat maklumat sehenti di SC untuk mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan Bumiputera. Penubuhan Unit Bumi tersebut adalah sehaluan dengan objektif berterusan dan jangka panjang SC untuk membantu dan menggalakkan penglibatan Bumiputera di dalam pasaran modal Malaysia.

Sebelum ini, usaha-usaha yang dijalankan oleh SC untuk manfaat kaum Bumiputera termasuk menganjurkan seminar dan seminar bergerak di samping mengadakan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan lain-lain organisasi Bumiputera. Perubahan-perubahan polisi yang dilakukan oleh SC termasuk membenarkan kelonggaran di dalam keperluan penyenaraian bagi permohonan yang dibuat berdasarkan akaun proforma syarikat yang dikawal oleh golongan Bumiputera.

Maka, penubuhan Unit Bumi, pada dasarnya, merupakan satu penggabungan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh SC serta satu kesinambungan di dalam penekanan yang telah diberikan oleh SC terhadap hal-hal berkaitan dengan Bumiputera.

"Unit Bumi tersebut akan menjadi penghubung di antara SC dan masyarakat Bumiputera. Masyarakat Bumiputera boleh menghubungi Unit Bumi untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan berkenaan perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa SC umpamanya yang berkaitan dengan permohonan untuk penyenaraian dan prosedur-prosedur pelesenan," kata Pengerusi SC Encik Ali Abdul Kadir.

Namun begitu, di dalam melaksanakan peranannya sebagai penyelaras, Unit Bumi tidak akan menjadi tempat penerimaan untuk permohonan-permohonan daripada pihak Bumiputera tetapi sebaliknya, akan beroperasi di dalam sistem untuk menyelaras, mengikuti dan mengawas. kemajuan yang dicapai oleh permohonan-permohonan Bumiputera.

Sungguhpun SC akan memberi penjelasan bagi pertanyaan berkaitan pasaran modal, semua permohonan untuk penyenaraian dan lain-lain cadangan korporat harus dibuat melalui bank-bank saudagar dan pemprosesan akan tertakluk kepada garispanduan SC.

Tambahan lagi, sehaluan dengan usaha SC yang berkaitan dengan pendidikan, Bumi Unit tersebut akan juga menjadi tempat perhubungan bagi badan-badan Bumiputera yang ingin mendapat sokongan untuk acara atau aktiviti pendidikan yang akan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Unit Bumi boleh dihubungi di:

Unit Bumiputera
Pejabat Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti
No. 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Faks: 03-651 5078
e-mel: [email protected]

Pihak-pihak yang boleh dihubungi: Ida Mariana Azmi (Tel: 03-654 8107); Syed Tarmizi Syed Tamrin (Tel: 03-654 8623) atau Nafizah Omar (Tel: 03-654 8550).

Pihak SC berharap Unit Bumi akan menjadi sumber maklumat yang penting dan efisien bagi masyarakat Bumiputera.

"Kami berharap masyarakat Bumiputera akan menggunakan kemudahan ini dengan sepenuhnya, yang mana kami lihat - sebagai langkah penting ke arah menggalakkan penglibatan mereka di dalam pasaran modal untuk tujuan penjanaan modal atau sebagai perantara berlesen," Pengerusi SC berkata.

SECURITIES COMMISSION MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di no. tel: 03-6548513 (Ann Teoh) / 03-6548107 (Ida Mariana Azmi) atau no. faks: 03-6515078.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup