SC Tuduh 2 Individu Kerana Gagal Mematuhi Notis yang Dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat
19 Februari 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan ke atas 2 individu kerana gagal untuk bekerjasama dengan pengawal selia pasaran modal dalam penyiasatannya terhadap pelanggaran undang-undang sekuriti.

Ong Kar Kian, 38 dan Amirruddin bin Nin, 50, telah dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi di bawah seksyen 32(8)(a) AMLATFPUAA. Kedua-dua mereka telah gagal untuk mematuhi notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat SC pada 2017 dan 2018 yang menghendaki mereka bertemu dengan pegawai penyiasat SC untuk disoal secara lisan.

Ong yang memegang jawatan sebagai Akauntan Kumpulan bagi Asia Media Group Berhad serta Amirruddin yang dinamakan sebagai pengarah beberapa syarikat swasta, diperlukan SC untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan AMLATFPUAA.

Walaupun SC membantah jaminan, Mahkamah Sesyen membenarkan Ong dan Amiruddin masing-masing untuk diikat jamin sebanyak RM50,000. Kedua-dua mereka dikehendaki menyerahkan pasport ke mahkamah dan membuat laporan setiap dua minggu kepada SC.

SC ingin mengingatkan orang ramai bahawa kegagalan untuk mematuhi notis bertulis yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat SC di bawah undang-undang sekuriti adalah kesalahan serius, yang apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, SC juga ingin mendapatkan bantuan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai 2 individu lain yang dikehendaki untuk membantu kes yang sama.

Berikut adalah butiran mengenai dua individu tersebut:

  1. Wong Shee Kai / Ricky (IC: 811212-14-5957)
    Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Asia Media Group Berhad, No. 35, First Floor, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor 
  2. Rusli Bin Jaafar (IC: 760320-03-5125)
    Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: CTB Solutions Sdn Bhd, No. 35, Third Floor, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Pihak awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SC melalui talian 03-6204 8000 ext. 8774 / 8372, atau 012-3812497 atau 012-9105362 atau Emel : [email protected] maklumat lanjut, sila layari laman sesawang SC di https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/pernahkah-anda-ternampak-individu-ini
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup