SC Tuduh Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Kerana Dagangan Orang Dalam
29 Julai 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan ke atas bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, and dua individu lain kerana dagangan orang dalam. Yeow Kheng Chew (KC Yeow), 64, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperoleh 1,159,000 saham pada 8 Julai 2011 ketika mempunyai maklumat dari dalam.

SC mendakwa maklumat dari dalam tersebut adalah merujuk kepada cadangan penggabungan Kencana Petroleum Bhd dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Cadangan penggabungan tersebut telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 11 Julai 2011.

Yeow didakwa telah memperoleh saham tersebut melalui akaun Paulene Chee Yuet Fang (Chee) di HwangDBS Investment Bank Bhd. Chee, 56, dan remisiernya, Tan Yee Chee (Tan), 46, dituduh bersubahat dengan Yeow untuk melakukan kesalahan tersebut.

Pertuduhan ke atas Yeow, Chee dan Tan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain bin Hassan. Ketiga-tiganya memohon untuk dibicarakan terhadap pertuduhan yang dihadapi. Hakim mengarahkan agar kes dibicarakan bersama dan menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan. Yeow dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin manakala Chee dan Tan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM800,000 dengan dua orang penjamin setiap seorang.

Kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta. Individu yang didapati bersalah kerana bersubahat dengan jenayah tersebut juga menghadapi hukuman yang sama.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup