SC tuduh dua individu kerana dagangan orang dalam saham Ranhill Power Berhad
31 Julai 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap dua individu atas kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Amran bin Awaluddin, 46, bekas pengarah Ranhill Berhad dan Ranhill Power Berhad (sebelum ini tersenarai di Bursa Malaysia), telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperoleh 309,100 unit saham Ranhill Power Berhad antara 27 Julai 2007 dan 11 September 2007 ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting.

SC mendakwa maklumat bukan awam yang penting tersebut adalah berkaitan dengan cadangan penswastaan dan nyah senarai Ranhill Power Berhad akan diumumkan pada 11 September 2007.

Amran, yang menghadapi tujuh pertuduhan dikatakan telah memperoleh saham-saham tersebut melalui akaun Nooralina binti Mohd Shah. Nooralina, 40, menghadapi tujuh pertuduhan kerana bersubahat dengan Amran dalam melakukan kesalahan tersebut.

Amran dan Nooralina memohon untuk dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikenakan. Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani bin Abdullah menetapkan ikat jamin sebanyak RM150,000 seorang terhadap Amran dan Nooralina dengan seorang penjamin.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup