SC Umum Langkah Bantuan Lanjut kepada Entiti Berlesen Pasaran Modal dan PLC
24 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan langkah-langkah bantuan lanjutan hari ini, yang akan memberi manfaat segera 231 entiti berlesen, 30 firma audit berdaftar dan 9,663 individu berlesen.

Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos para peserta pasaran modal, melengkapkan usaha bantuan yang lebih luas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (ESP 2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020.

"Skala cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang kami hadapi hari ini menuntut tindak balas yang memberi bantuan dalam jangka pendek serta sokongan untuk pemulihan jangka panjang," kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.

"SC sentiasa mengawasi keadaan dan menimbang semua pilihan yang ada. Kami ingin memastikan semua peserta pasaran bahawa pasaran modal akan terus berfungsi untuk menyokong ekonomi Malaysia,” katanya.

Langkah-langkah bantuan baru ialah:
  1. Pengecualian fi pelesenan tahunan SC bagi 2020 kepada aktiviti terkawal utama semua entiti Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dengan Keuntungan Sebelum Cukai sebanyak RM5 juta atau kurang pada Tahun Kewangan 2019. Entiti CMSL yang layak yang telah membuat pembayaran sebelum pengumuman ini akan ditawarkan kredit untuk digunakan bagi fi pelesenan pada tahun depan;
  2. Pengecualian fi pelesenan tahunan bagi tahun 2020 kepada semua pemegang CMSL individu dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL). Pemegang CMSRL yang layak yang telah membuat pembayaran sebelum pengumuman ini akan ditawarkan kredit untuk digunakan bagi fi pelesenan pada tahun depan;
  3. Mengurangkan keperluan minimum Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) daripada 20 mata semasa CPE kepada 10 mata CPE berkuatkuasa 1 Julai 2020 bagi tempoh 12 bulan untuk semua pemegang CMSRL dan Pekerja Kepada Orang Berdaftar (ERP);
  4. Mengurangkan keperluan latihan minimum daripada lima hari kepada tiga hari berkuat kuasa 1 Julai 2020 bagi tempoh 12 bulan bagi Wakil Dagangan dan Wakil Pemasaran; dan
  5. Subsidi latihan sekali untuk firma berdaftar Lembaga Pemantauan Audit (AOB) yang mempunyai kurang daripada 10 rakan audit, sehingga RM30,000 setiap firma untuk Program Latihan yang Diluluskan oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
Sebelum ini, melalui ESP2020, Kerajaan telah mengumumkan bahawa SC dan Bursa Malaysia telah bersetuju untuk mengecualikan semua fifi berkaitan penyenaraian bagi tempoh 12 bulan bagi syarikat permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta yang memohon penyenaraian di Pasaran Utama, dan juga bagi syarikat yang memohonn penyenaraian di LEAP dan ACE Markets. Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah ini akan diumumkan secara berasingan oleh Bursa Malaysia.

SC sedang memantau perkembangan yang sedang berlaku di peringkat global dan domestik dan akan mengambil semua langkah yang perlu dan wajar untuk menyokong pasaran yang teratur.

Dalam satu kenyataan minggu lalu (sila klik di sini), SC dan Bursa Malaysia mengulangi keperluan untuk pasaran kekal beroperasi bagi memastikan akses yang berterusan dan boleh dipercayai kepada pasaran modal Malaysia, yang penting untuk keyakinan pasaran dalam kadar segera dan dalam jangka panjang.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup