Dato' Gumuri mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam bidang audit, perakaunan dan korporat. Beliau merupakan bekas Rakan Kongsi Kanan dan Timbalan Pengerusi Lembaga Tadbir Urus PricewaterhouseCoopers Malaysia, Pengerusi SME Bank, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Bhd. Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pengarah SC.
Dato’ Gumuri merupakan felo Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales dan ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.
SC turut mengumumkan hari ini beberapa kenaikan pangkat peringkat dalaman pasukan kepimpinannya, termasuk pelantikan Zainal Abidin Zainal Izlan sebagai Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam. Foo Lee Mei, Ketua Kaunsel, dilantik sebagai Ketua Pegawai Kawal Selia. Beliau akan menyelia Pejabat Ketua Kaunsel, Tadbir Urus Korporat dan Konsumer & Pelabur.
Eugene Wong dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Kewangan Korporat dan Pelaburan dan juga akan menyelia hal-hal berkaitan perakaunan, manakala Kamarudin Hashim dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pengawasan Perantara dan Dana serta akan menyelia analisis risiko yang digabungkan.
Di samping itu, SC juga mengalu-alukan pelantikan Sharifatul Hanizah Said Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan dan pembangunan SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA