SC Umum Pelantikan Pengarah Eksekutif Baharu
2 Januari 2020   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Dato’ Zain Azhari Mazlan sebagai Pengarah Eksekutif, Kewangan & Pelaburan Korporat yang baharu hari ini. Dato’ Zain menggantikan Eugene Wong, yang telah berkhidmat selamat 10 tahun di SC dan tamat kontraknya pada 31 Disember 2019.

Sebagai Pengarah Eksekutif, Kewangan & Pelaburan Korporat, Dato’ Zain akan mengetuai dan menentukan hala tuju berhubung hal-hal yang berkaitan dengan terbitan sekuriti dan pelaburan, termasuk penerbitan sekuriti, aktiviti pengambilalihan dan penggabungan, permohonan skim pelaburan kolektif, dan pendaftaran prospektus.

Dato’ Zain menyertai SC bersama pengalaman luas beliau selama 25 tahun dalam bidang kewangan korporat. Beliau merupakan alumni dari London School of Economics & Political Science, UK dan Maktab Tentera Diraja, Dato’ Zain memulakan kerjaya beliau di Bank Bumiputra Merchant (yang kemudiannya bergabung dengan Alliance Investment Bank), dan telah mengembangkan kerjaya beliau sepanjang 10 tahun di situ dan mengetuai aktiviti kewangan korporat.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan, Kewangan Korporat di CIMB Investment Bank, yang beliau sertai pada Mac 2005. Tanggungjawab utama beliau di CIMB Investment Bank termasuk urusan pengasalan dan pelaksanaan transaksi kewangan korporat termasuk penggabungan dan pemerolehan, urusan pengumpulan dana ekuiti, tawaran awam awal, penstrukturan semula ekuiti dan hutang serta lain-lain urusan nasihat kewangan am.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup