SC Umum Pelantikan Pengerusi Baharu Lembaga Pemantauan Audit
30 November 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Anantham Kasinather sebagai Pengerusi bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkuat kuasa 1 Disember 2020.

Dato' Anantham telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pemantauan Audit sejak Januari 2020 dan akan menggantikan Dato' Gumuri Hussain, yang telah bersara sebagai Pengerusi bukan eksekutif AOB pada 23 November 2020. SC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Gumuri atas kepimpinan dan sumbangannya kepada AOB.

Dato’ Anantham mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam sektor swasta, dan telah memulakan kerjayanya di Skrine & Co dan terlibat dalam pelbagai bidang undang-undang komersial. Dato' Anantham juga pernah berkhidmat dalam badan kehakiman, di mana beliau pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 2009 dan dtugaskan ke Mahkamah Rayuan pada 2010 sebelum bersara daripada perkhidmatan kehakiman pada Mei 2014. Dato' Anantham kini merupakan pakar runding di Sree Harry & Co.

Latar belakang dan pengalaman Dato' Anantham akan memperkukuhkan lagi keberkesanan peranan pemantauan AOB dan meningkatkan keyakinan terhadap kualiti penyata kewangan yang diaudit di Malaysia.

SC juga telah mengumumkan pelantikan Dato' Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan sebagai ahli Lembaga Pemantauan Audit berkuat kuasa 1 Disember 2020. Selaku Akauntan Bertauliah yang pakar dalam bidang jaminan dan nasihat perundangan, Dato' Seri Johan sebelum ini berkhidmat sebagai Eksekutif Pengerusi PwC Malaysia. Beliau kini ialah ahli lembaga Institut Pengarah Korporat Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup