SC Umum Pelantikan Pengurusan Kanan
11 September 2017   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan beberapa pelantikan jawatan kanan utama.
Kamarudin Hashim telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif kumpulan urusan Pengawasan Pasaran & Korporat, yang merangkumi jabatan pengawasan institusi, pemantauan korporat, pemantauan pasaran dan analisis risiko. Kamarudin, yang sebelum ini mengetuai pasukan Pengawasan Pengantara dan Dana, telah bersama SC sejak 1993 dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk derivatif, bon, pengurusan dana, pasaran modal Islam dan pengawasan.

Salmah Bee Mohd Mydin telah dinaikkan pangkat kepada Pengarah Pengawasan Pengantara & Dana, bertanggungjawab terhadap pengawasan pengantara pasaran dan pemberian kebenaran & pelesenan. Salmah mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri kewangan dan pasaran modal. Selama bertugas di SC, Salmah telah menjalankan pelbagai tugas yang memberi beliau pengetahuan dan pendedahan yang luas dalam hal-hal berkaitan kawal selia termasuk pematuhan, penguatkuasaan, pelesenan dan pengawasan.

Tengku Zarina Tengku Chik telah menyertai SC sebagai Pengarah Sumber Korporat. Tengku Zarina berpengalaman dalam perbankan global selama lebih 25 tahun dalam bidang kewangan korporat dan antarabangsa. Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab dalam pelaksanaan beberapa inisiatif transformasi strategik, termasuk yang terkini sebagai ketua bagi kecemerlangan operasi dalam perbankan global di Maybank. Dalam peranan baharu beliau, Tengku Zarina bertanggungjawab terhadap kewangan, pengurusan pengetahuan dan khidmat korporat serta terbabit dalam usaha berterusan SC dalam pembinaan keupayaan dan kecekapan operasi.

Kamarudin Hashim
Pengarah Eksekutif
Pengawasan Pasaran & Korporat
Salmah Bee Mohd Mydin
Pengarah
Pengawasan Pengantara & Dana
Tengku Zarina Tengku Chik
Pengarah
Sumber Korporat
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup