SC Umum Platform e-Bayaran Baharu

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 18 April 2023

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelancaran hab pembayaran elektronik baharunya yang juga dikenali sebagai e-PATH. e-PATH menyediakan cara yang lebih lancar dan selamat bagi peserta pasaran dan orang ramai membuat pembayaran dalam talian kepada SC.

e-PATH merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital SC dan membolehkan proses pembayaran dalam talian yang lebih mudah untuk pelbagai yuran kawal selia dan pendaftaran yang berkaitan dengan kebanyakan penyerahan yang dibuat kepada SC.

Ini termasuk yuran untuk, antara lain, permohonan untuk tawaran awam permulaan, pemindahan penyenaraian, serta pengambilalihan dan penggabungan.

e-PATH, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei 2023, akan membantu menambahbaik pengalaman pengguna secara keseluruhan melalui pemprosesan pembayaran yang lebih cekap, penyepaduan dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, perbankan dalam talian, dan akses kepada pengesanan status pembayaran secara realtime.

Untuk mengakses e-PATH dan untuk maklumat lanjut, sila lawati sini

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup