SC Umum Senarai Kemas Kini Sekuriti Patuh Syariah
28 November 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah (SAC).

Senarai yang telah dikemas kini tersebut, yang berkuat kuasa mulai 29 November 2019, mengandungi 696 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini merangkumi 77 peratus daripada sejumlah 900 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk 38 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dan mengeluarkan 29 sekuriti daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2019.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berpandukan penyata kewangan tahunan teraudit syarikat terkini, boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my. Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2020, berdasarkan penyata kewangan teraudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2020.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup