SC Umum Senarai Kemas Kini Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah
29 November 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 30 November 2018, mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 76 peratus daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia. 

Senarai tersebut termasuk 33 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 34 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2018.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di laman sesawang SC iaitu www.sc.com.my. Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2019, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2019.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup