SC: Wang Telah Dikembalikan kepada Pemohon Saham Hospitech

Kuala Lumpur, 28 April 2006

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa kesemua wang yang diterima daripada pemohon yang berjaya dalam tawaran awam awal bagi saham Hospitech Resources Bhd (Hospitech) telah pun dikembalikan.

Pengembalian wang bagi permohonan saham tersebut telah disahkan oleh penasihat utama Hospitech, Avenue Securities Sdn Bhd dan rumah terbitan, MIDF Consultancy and Corporate Services Sdn Bhd.

Pada 19 April 2006, Lembaga Pengarah Hospitech telah menarik balik hasrat syarikat tersebut bagi penyenaraian dan sebut harga di Pasaran MESDAQ Bursa Malaysia Securities Berhad.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup