Seminar Hutang Sekuriti Persendirian Islam

Meneroka Peluang Baru dalam Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 13 September 2001

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM) akan menganjurkan seminar dua hari bertajuk "Islamic Debt Securities - Exploring New Opportunities in the Capital Market" pada 24-25 September 2001.

Seminar tersebut akan membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi pasaran sekuriti hutang persendirian Islam (IPDS) serta polisi dan garis panduan yang mengawaselia IPDS. Isu-isu mengenai hutang Islam sekuriti yang disokong asset turut dibincangkan.

Para penyampai di seminar tersebut termasuk wakil daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), pengamal undang-undang, agensi penarafan dan penasihat-penasihat korporat dan Syariah.

Seminar ini bermanfaat kepada penasihat kewangan - `arrangers' dan penajajamin, penasihat Syariah, peniaga bon, pelabur institusi, pegawai pematuhan, pengamal undang-undang, pengurus/pegawai bank dan institusi kewangan lain, akauntan dan juruaudit, usahawan dan peneraju badan korporat, pensyarah dan penyelidik, pengurus/pegawai agensi kerajaan berkaitan dan lain-lain pihak yang berminat.

Seminar dua hari ini memberikan 10 mata CPE yang boleh dikumpul oleh wakil-wakil peniaga untuk pembaharuan lesen pada tahun hadapan.

Yuran pendaftaran ialah RM350 tiap seorang. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Syamsuar/Norzly di IBFIM melalui talian 03-2693 2936 sambungan 122/138, faks: 03-2691 2348 atau e-mel:[email protected] atau [email protected]. Butir-butir program boleh didapati di laman web SC di sini.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup