SEMINAR OPSYEN INDEKS STOK: SATU PEMBAHARUAN BAGI PASARAN DERIVATIF MALAYSIA

Kuala Lumpur, 12 April 2001

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) dengan kerjasama Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE) akan menganjurkan seminar satu hari mengenai opsyen indeks stok pada 17 April 2001 di Suruhanjaya Sekuriti.

Seminar bertajuk "Opsyen Indeks Stok: Satu Pembaharuan bagi Pasaran Derivatif Malaysia" dianjurkan bersempena pelancaran kontrak opsyen Indeks Komposit BSKL (IK BSKL) pada 1 Disember 2000.

Opsyen IK BSKL yang merupakan opsyen pertama yang didagangkan di bursa di negara ini telah meningkatkan peluang bagi pengurusan portfolio dan strategi dagangan bagi peserta pasaran. Sejajar dengan Pelan Induk Pasaran Modal, ia juga menawarkan para pelabur peluang bagi aktiviti lindungan nilai, pengurusan risiko malah `spekulasi' dalam pasaran Malaysia.

Seminar ini disasarkan kepada pengurus dana, pemodal teroka, broker, perancang kewangan, serta orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dagangan opsyen.

Sebilangan pakar di peringkat tempatan dan antarabangsa, akan berkongsi pengetahuan mereka mengenai pelbagai aspek opsyen indeks stok dengan menumpukan kepada risiko dan manfaat serta strategi dagangan, arah aliran dan perkembangan global.

Penceramah terkenal yang akan memberi taklimat di seminar tersebut adalah:
Cik Urs Schneider, wakil kepada Jawatankuasa Eksekutif International Financial Risk Institute, Geneva;
Dr. Malick Sy, Derivatives Consultant, Singapura;
Encik Lim Boon Keng, Goldman Sachs, Hong Kong;
Encik Hon Cheung, State Street Global Advisers, Singapura; dan
Encik Anthony Lim, Mayban Futures dan Encik David Lo, HLG Futures.
Tajuk-tajuk yang akan disampaikan di seminar tersebut termasuk:
Pasaran Derivatif: Arah Aliran dan Perkembangan Global
Pandangan Makro Arah aliran Global dan Perkembangan Terkini Pasaran Derivatif Global
Tinjauan Produk Konsep - Opsyen Indeks, Opsyen berbanding Niaga Hadapan Indeks, Manfaat, Risiko dan Strategi Asas
Peluang Pasaran bagi Opsyen Indeks - Tinjauan dan Peluang Pasaran dari Perspektif Pedagang
Opsyen Indeks Stok - Pengalaman Pengurus Dana Antarabangsa
Memperdagangkan Opsyen Indeks - Perspektif Broker
Pengurusan Risiko dalam Industri Pelaburan Antarabangsa
Opsyen Indeks Stok - Peluang bagi Pelabur Runcit Malaysia
Perantara berlesen adalah dimaklumkan bahawa seminar tersebut adalah diluluskan CPE dengan jumlah 10 mata CPE.

Pendaftaran kursus adalah sebanyak RM200 seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai seminar tersebut, sila hubungi Cik Joanne Tan di talian 03-6204 8000, faks: 03-6201 5811 atau emel kepada [email protected]. Butiran seminar juga boleh didapati di laman web rasmi SC di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup